BUAT DUIT TANPA BATASAN

earn money from blog

Selasa, 21 April 2009

Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google, kenalah tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.
Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link” seperti di bawah.




Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-iklan yang berbayar. Dimana, pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar google dengan amaun tertentu setiap kali orang ramai meng”klik” iklan tersebut.

Tetapi kini, dengan program adsense, google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula. Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website google, kini, iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda. Jika dulu google yang mendapat wang apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut, tetapi kini, anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut.

Wah!! Bodohnya.. google? Orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pulak duit tu kat orang lain!

Oh tidak.. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-pengiklan itu, tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian. Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin 30-70, atau mungkin 20-80. Iaitu, 20% kepada google, 80% kepada anda. Itu hanya anggaran sahaja, pecahan peratusan yang sebenar tidak didedahkan oleh pihak google. Kalau nak tahu.. pi tanya google sendiri. Kalau dapat tahu, bagitau den yer.

Isnin, 9 Mac 2009

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :

1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda.
2.Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google
Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense
akanmemberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini,
jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding
anda.
3.Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate
program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan.
Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia
adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi
sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan.
4.Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic
tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog
anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan.
Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan
anda. Contoh paling mudah ialah seperti iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my
yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.
5.Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau
servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis
dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada
harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis
boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.

Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Teruskan belajar dan explore dunia blog dengan lebih mendalam... All da best and good luck..

money blog